Thursday, July 29, 2010

Ajal Yang Semakin Menghampiri Kita....



Assalammualaikum....

Alhamdullillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia-Nya aku masih agik bernafas dan dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya yang sik ada tandingan tuk...Dan aku masih agik diberikan kesihatan akal dan tubuh badan untuk terus mencoretkan luahan hati aku di blog tuk, dan terus berpeluang untuk mengutarakan isu-isu yang bermain di pemikiran aku tuk, dari isu kecik sampe ke universal, dan seterusnya menjadikan blog tuk sebagai tempat untuk aku berkongsi akan apa yang aku rasakan di hati kecik ku tuk....

Waktu nulis tuk, aku masih gik bernafas dengan menghirup udara yang diberikan percuma oleh Allah terhadap setiap makhluk-Nya...Betapa Maha Pemurahnya Allah...Bayangkanlah mun setiap hirupan udara atau dalam bahasa saintifiknya oksigen tuk mesti dibayar dengan wang ringgit, macam ni ndak kah...???Mungkin bagi orang kaya sik ada masalah sebab cidak banyak duit, tapi macam ni ngan orang miskin...???Pasti cidak sik akan hidup lamak mun ada cas untuk setiap oksigen yang masuk ke badan kita...Betapa pemurahnya Allah Yang Maha Pengasih terhadap semua hamba-Nya....

Sebelum aku nulis tek, aku mukak gambar allahyarham Hafizul@Pidon bersama bininya Kak Riza dalam album fb ct...Aku sik dapat nahan airmataku bila nangga gambar nikahnya ya, dengan senyuman yang begitu manis dan wajah yang amat berseri...Seorang yang amat bait, penyayang dan telah aku anggap macam abang aku mpun yang telah dijemput oleh Allah kembali kepada-Nya kerana Allah lebih menyayanginya...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya dan menempatkan diri allahyarham bersama golongan yang beriman...Al-Fatihah....

Bila nangga gambar ya tek, aku berfikir bahawa semakin meningkat usia, bermakna semakin dekatlah kita kepada ajal kita...Mungkin esok, mungkin lusak kita akan dijemput "pulang"...Apa yang menggusarkan aku ialah, sudah cukupkah bekalan untuk aku embak ke "sinun" kelak...???Sedangkan selamak tuk nang banyak dosa yang telah aku lakukan...Bukan sikit dosa yang telah aku lakukan...Apakah dosa aku ya akan diampunkan...???Dan apakah amalan aku yang sik seberapa diterimak oleh Yang Maha Kuasa...???

Aku tauk aku sik layak pun untuk ke syurga-Nya tapi aku juak sik sanggup untuk ke neraka-Nya...Cuma aku sentiasa berdoa dan mengharapkan belas ihsan-Nya agar bila aku meninggalkan dunia yang fana tuk kelak, aku akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin....

Meniti hari-hari yang mendatang, membuatkan aku terus berfikir...Macam ni ndak kah keadaan aku waktu aku dijemput oleh malaikat Izrail untuk "pulang" kelak kah...???Apakah dalam keadaan yang baik atau dalam keadaan yang mengaibkan...???Aku bena-bena takut bila memikirkan perkara ya...Aku hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. agar waktu aku "pergi" kelak, aku berada di samping orang-orang yang aku sayang dan pergi dalam keadaan yang bait dan sik terlalu seksa....Sebab aku selalu dengar dan baca dalam buku atau apa jak penulisan berbentuk keagamaan betapa seksanya keadaan waktu roh bercerai daripada badan...Subhanallah....

Aku harap aku dapat menjadi hamba-Nya yang soleh dan terus istiqomah dalam setiap ibadah yang aku lakukan...Aku juak sentiasa berdoa agar segala ibadah dan amal kebaikan yang aku lakukan diterimak oleh Allah dan aku dijauhkan daripada melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh-Nya....Semoga aku terus kuat menghadapi dugaan dan ujian-Nya dan diperkuatkan iman menangkis bisikan dan hasutan iblis yang dilaknat yang sentiasa mengajak untuk melakukan maksiat....Amin Ya Rabbal Alamin....

Wassalam.....

No comments:

Post a Comment