Saturday, July 31, 2010

Antara Kawan Dan Sahabat.....


Assalammualaikum.....

Kali tuk aku nak cerita pasal kawan dan sahabat gik....Ada yang madah duak perkataan tuk sama jak maksudnya, yang membezakan hanyalah ejaan dan jumlah perkataan jak....Ada yang madah kawan dan sahabat ngembak duak definisi yang berbeza....Ya pendapat orang lain, yang aku nak ceritakan di situk adalah definisi kawan dan sahabat menurut perspektif aku mpun....Mungkin ada yang setuju dan mungkin juak sik....

Kawan....Pada pendapat aku adalah sesiapa jak yang sudi untuk berkenalan ngan kita, sik kesahlah melalui cara apa pun...Sama ada secara berdepan, cara sms ajak kah, kawan internet kah, dan sebagainya asalkan orang ya dapat berhubung dengan kita jak., ya dikira kawan bagi aku...Tambah agik dengan kemajuan teknologi kinek tuk, sorang diam di kutub utara dan sorang diam di kutub selatan pun dapat jadi kawan dan berhubung dengan pantas dan dengan kos yang rendah....Kawan boleh jadi sesiapa jak, keluarga kita, ataupun jiran kita atau juak rakan-rakan kita, yang berada di sekeliling kita....Mungkin pekerja kedey reload, ataupun pekerja di bengkel Jeff...

Kawan sentiasa ada sik kira sine pun kita berada, asal tempat ya ada oranglah...Rah pasaraya, rah jeraya, tempat main bola jaring tepi dewan suarah Samarahan, kat tempat meli roti, dan yang sewaktu dengannya, salu kita nemu manusia yang bernama kawan....Kawan akan makin bertambah mun kita pande bergaul ngan orang dan dapat buatkan orang selesa bila berada di samping kita....Dan makin bertambah mun kita banyak duit, terutama mun nemu kawan-kawan yang mata duitan....Tapi setakat tuk aku belum penah nemu kawan-kawan yang mata duitan...Mungkin sebab aku pun nang sik ada duit...Hahahahahaha.....

Orang tua selalu berpesan kita harus pande memilih kawan....Nang bena pesan orang tua ya sebab kita terutamanya seorang remaja lebih banyak menghabiskan masa cidaknya dengan kawan-kawan mun dibandingkan masa cidak bersama keluarga....Apa yang dipolah oleh kawan kita pasti akan mempengaruhi perwatakan dan tingkah laku kita sebagai seorang manusia...Mun kawan bait, jadi manusia lah kita dan sebaliknya mun kawan jahat, jadi setan lah jawabnya....Namun sik semua perbuatan atau tingkah laku kita dipengaruhi oleh kawan....Ada juak yang hatinya berpegang teguh kepada ajaran Islam, ajaran orang tua agar menjadi insan dan bukan sekadar menjadi manusia....Golongan tuk walaupun perangei kawan kedak setan, cidak tetap macam ya dan sik terpengaruh untuk jadi setan juak.....Malahan golongan tuk coba untuk ngubah kawan-kawannya yang dah kedak setan tuk untuk jadi lebih bagus....Tapi ku nangga mbiak kinek tuk dah jarang ada semangat waja macam tuk...Yang suka nak nunjuk kebodohannya dalam mencoba banda-benda sik berfaedah dan merosakkan dirik ya ramilah tangga aku di muka bumi tuk kinek tuk....

Sahabat....Satu ungkapan yang hanya akan diberikan kepada insan yang benar-benar sesuai.....Semua sahabat adalah kawan tapi sik semua kawan adalah sahabat.....Sahabat adalah individu yang sentiasa berada di samping kita sama ada waktu susah ataupun senang....Sahabat sik akan nandah jak sahabatnya susah sorang...Mun nya sik dapat bantu pun sekurang-kurangnya seorang sahabat ya akan coba mengurangkan penderitaan sahabatnya dengan menjadi pendengar yang setia terhadap setiap masalah yang diutarakan....Seorang sahabat sik akan madah "sik dapat" selagik nya ada keupayaan untuk membantu....Dan seorang sahabat ya sanggup berkorban apa jak demi sahabatnya walaupun nya mungkin akan menderita...Tapi demi kebahagiaan sahabatnya, nya sik kesah....

Dan aku ada seorang sahabat seperti yang aku padah ya....Susah senang aku selamak tuk, nya tauk dan nya sentiasa ada disisiku setiap kali aku memerlukan....Nya sik penah lari tiap kali aku ada masalah malahan kerana dah terlalu rapat, nya tauk aku ada masalah walaupun aku sik penah madah....Malahan apa yang paling mengharukan aku adalah sahabat sejatiku tuk pernah mengorbankan cintanya terhadap insan sama yang aku cintai demi persahabatan kmk duak...Nya ngundur dirik bila nya tauk aku juak menyintai wanita ya....Aku tauk dalam dunia serba moden tuk adalah amat sukar untuk nemu sahabat sejati macam nya namun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditemukan dengan seorang sahabat, yang aku rasa dah semakin pupus dalam dunia yang serba kepura-puraan tok....

Ya adalah pandangan aku mengenai kawan dan sahabat...Untuk sahabat sejatiku, yang nya tauk sapa dirik nya ya, thanks Jack for everything...Jasa bait u sepanjang persahabatan kita hanya Tuhan jak dapat membalasnya....I hanya mampu berdoa semoga u happy selalu dan cepat-cepatlah nikah k...hehehe....Insya Allah kita akan bertemu raya tok bila u kembali ke Sarawak kelak....

Kita berjumpa agik di lembaran yang akan datang mun dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan...Insya Allah....

Wassalam.....

Gambar: Dari kerek, Mirol, Eda, R-fa dan Najam....

Friday, July 30, 2010

Aku dan Diriku.....


Assalammualaikum....

Beberapa hari tok aku mala jak nulis pasal benda sekeliling aku, contohnye pasal kepupusan lelaki tulen, pasal cinta, pasal kekejaman manusia, dan yang terbaru pasal ajal kita yang semakin hari semakin menghampiri kita....Kali tuk aku nak nulis pasal dirik aku mpun jak gik...Sekali-sekala apa salah cerita pasal dirik mpun dalam tuk nak...???tol sik bos...???

Perkara pertama yang aku nak ceritakan pasal dirik aku ialah sukan yang aku minati....Sebenarnya banyak yang sik tauk yang aku waktu sekolah rendah dolok minat dengan sukan sepak takraw...Waktu ya aku wakil sekolah dan wakil Samarahan dalam permainan tuk...Geng aku waktu ya adalah Oboy, Shahrol dan Alex...Asal rehat jak, ada lah muka kmk orang main nimang bol takraw ya....Waktu ya makan no 2, yang penting dapat lepas gian nimang bol ya...Salu nya kamek orang main di tempat perhimpunan ya, sia luas dan rata...Tapi salu juak bol takraw ya "cium" keta cikgu bila dah gagal dikawal....Maklumlah keta cikgu parking tepi-tepi ya....hahaha...Buat cikgu-cikgu yang keta cidak penah "dicium" oleh bola takraw yang kamek orang sepak dolok, mintak maaf banyak-banyak....hihihihi....

Selain daripada main takraw, aku juak aktif dalam acara balapan...Tapi yang jarak dekat jak lah...Mun yang jauh-jauh dan perlukan stamina yang tinggi, awal aku surrender...Maklumlah nafas sik panjang....lalala....Acara yang penah aku sertai di sekolah rendah dolok adalah acara 100m, 200m, acara berganti-ganti, lompat jauh dan lompat tinggi....Ada juak lah cerik megang medal bila apat pingat emas, perak ataupun gangsa waktu ya....Kenangan waktu sekolah memang best....

Tapi minat aku pada sukan mula berubah apabila aku meningkat dewasa...Aku masih minat ngan takraw tapi sekadar minat nangga ajak...Aku dah sik minat agik mun nak main....Bila dan meningkat usia, aku lebih minat dengan bolasepak....Mungkin tuk adalah pengaruh daripada abangku yang sulung ya sebab nya wakil sekolah dan samarahan waktu sekolah dolok...Bila dah salu nangga nya main, minat ya akhirnya timbul dan aku menjadi suka ngan permainan tuk...Kinek tuk aku jadi peminat setia bolasepak dan kelab yang paling ku minat tentulah sik lain dan sik bukan, kelab paling hebat dalam sejarah EPL, apa agik mun bukan Manchester United...Bukan Manchester City k....

Kinek tuk aku lebih aktif dalam permainan futsal...Bolasepak padang dah semakin kurang dimainkan di kampung aku....Mungkin sebab faktor padang yang dah terlalu terok di kampung aku ya, di samping memerlukan orang yang banyak untuk main sukan ya...Kamek orang kinek tuk lebih sukakan permainan futsal sebab lebih mudah dan mun main tuk pun sik kamah macam main di padang besar....

Kali tuk aku cerita pasal sukan yang aku minat lok...Insya Allah di lain masa kita cerita pasal lain gik yang berkaitan dengan dirik aku....Sampe jumpa agik di lain masa, pesanku, sentiasa perbaiki dirik untuk jadi insan yang lebih bait....

Wassalam....

Gambar: Team futsal aku, The Partner'z....

Thursday, July 29, 2010

Ajal Yang Semakin Menghampiri Kita....



Assalammualaikum....

Alhamdullillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia-Nya aku masih agik bernafas dan dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya yang sik ada tandingan tuk...Dan aku masih agik diberikan kesihatan akal dan tubuh badan untuk terus mencoretkan luahan hati aku di blog tuk, dan terus berpeluang untuk mengutarakan isu-isu yang bermain di pemikiran aku tuk, dari isu kecik sampe ke universal, dan seterusnya menjadikan blog tuk sebagai tempat untuk aku berkongsi akan apa yang aku rasakan di hati kecik ku tuk....

Waktu nulis tuk, aku masih gik bernafas dengan menghirup udara yang diberikan percuma oleh Allah terhadap setiap makhluk-Nya...Betapa Maha Pemurahnya Allah...Bayangkanlah mun setiap hirupan udara atau dalam bahasa saintifiknya oksigen tuk mesti dibayar dengan wang ringgit, macam ni ndak kah...???Mungkin bagi orang kaya sik ada masalah sebab cidak banyak duit, tapi macam ni ngan orang miskin...???Pasti cidak sik akan hidup lamak mun ada cas untuk setiap oksigen yang masuk ke badan kita...Betapa pemurahnya Allah Yang Maha Pengasih terhadap semua hamba-Nya....

Sebelum aku nulis tek, aku mukak gambar allahyarham Hafizul@Pidon bersama bininya Kak Riza dalam album fb ct...Aku sik dapat nahan airmataku bila nangga gambar nikahnya ya, dengan senyuman yang begitu manis dan wajah yang amat berseri...Seorang yang amat bait, penyayang dan telah aku anggap macam abang aku mpun yang telah dijemput oleh Allah kembali kepada-Nya kerana Allah lebih menyayanginya...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya dan menempatkan diri allahyarham bersama golongan yang beriman...Al-Fatihah....

Bila nangga gambar ya tek, aku berfikir bahawa semakin meningkat usia, bermakna semakin dekatlah kita kepada ajal kita...Mungkin esok, mungkin lusak kita akan dijemput "pulang"...Apa yang menggusarkan aku ialah, sudah cukupkah bekalan untuk aku embak ke "sinun" kelak...???Sedangkan selamak tuk nang banyak dosa yang telah aku lakukan...Bukan sikit dosa yang telah aku lakukan...Apakah dosa aku ya akan diampunkan...???Dan apakah amalan aku yang sik seberapa diterimak oleh Yang Maha Kuasa...???

Aku tauk aku sik layak pun untuk ke syurga-Nya tapi aku juak sik sanggup untuk ke neraka-Nya...Cuma aku sentiasa berdoa dan mengharapkan belas ihsan-Nya agar bila aku meninggalkan dunia yang fana tuk kelak, aku akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin....

Meniti hari-hari yang mendatang, membuatkan aku terus berfikir...Macam ni ndak kah keadaan aku waktu aku dijemput oleh malaikat Izrail untuk "pulang" kelak kah...???Apakah dalam keadaan yang baik atau dalam keadaan yang mengaibkan...???Aku bena-bena takut bila memikirkan perkara ya...Aku hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. agar waktu aku "pergi" kelak, aku berada di samping orang-orang yang aku sayang dan pergi dalam keadaan yang bait dan sik terlalu seksa....Sebab aku selalu dengar dan baca dalam buku atau apa jak penulisan berbentuk keagamaan betapa seksanya keadaan waktu roh bercerai daripada badan...Subhanallah....

Aku harap aku dapat menjadi hamba-Nya yang soleh dan terus istiqomah dalam setiap ibadah yang aku lakukan...Aku juak sentiasa berdoa agar segala ibadah dan amal kebaikan yang aku lakukan diterimak oleh Allah dan aku dijauhkan daripada melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh-Nya....Semoga aku terus kuat menghadapi dugaan dan ujian-Nya dan diperkuatkan iman menangkis bisikan dan hasutan iblis yang dilaknat yang sentiasa mengajak untuk melakukan maksiat....Amin Ya Rabbal Alamin....

Wassalam.....

Tuesday, July 27, 2010

Mana Hilang Kemanusiaan....


Assalammualaikum.....Ari tuk tek aku baca akhbar Utusan Malaysia...Biasalah nak mun aku baca paper mesti aku baca sukan dolok....Macam-macam kesahlah yang ada dalam ya, hal spekulasi perpindahan pemain, hal skuad Harimau Muda nak dianta ke Slovakia agik dan kesah-kesah sukan lain yang sewaktu dengannya yang aku sik tauk ilak....

Tapi yang aku nak padah kali tuk bukan hal sukan sebenarnya tapi kes manusia yang dah semakin hari semakin pupus dan lenyap nilai kemanusiaan dalam dirik cidak....Dalam Utusan Malaysia ari tuk jak ada duak kes yang aku baca tadik melibatkan bayi yang sik berdosa menjadi mangsa kekejaman iblis yang bertopengkan manusia....Sigek kes di Melaka, kesah bayi umor lapan bulan jadi mangsa dera gerek mak nye dan sigek gik di KL, kesah janin bayi yang sik cukup umur dibuang ke dalam sungei....

Bila baca kes-kes macam tuk, sedih rasa nyawaku...Aku eran kenak semakin hari manusia jadi semakin kejam...???Apa dosa dan salah bayi-bayi ya...???Aku sik lah madah aku bagus tapi aku nang suka dan sayang ilak ngan baby...Nak ngubit bila mbiak berolah pun aku pikir banyak kali, apatah agik mun dah sampe mendatangkan kecederaan pada mbiak, nang mustahil untuk aku lakukan selagik aku masih waras...Aku dah ada duak anak buah yang aku sayang kedak anak aku mpun...Tambah gik anak buah aku yang sulung ya, si Danish ya nang diam ngan kmk orang....Aku ngekot perkembangannya sejak lahir sampelah umornya dah 3 tahun sengah tok...Jadi setiap benda yang dipolah nya, kerenah nya yang nang berolah ya, nang aku nangga dan tauk...Bila sehari nya sik ada, nang aku rindu ilak ngan nya....

Kita semua tauk yang baby tuk nang banyak kerenah, dan nang berolah...Mun sik bukanlah baby namanya...Setiap baby ya perlukan perhatian 150 peratus daripada ibu bapak dan keluarganya...Kita perlu curahkan kasih sayang yang sik berbelah bagi terutama waktu cidak gik kecik...Anak-anak adalah anugerah yang sik terhingga nilainya, sik dapat dibeli ngan wang ringgit...Dan perlu dijaga dengan sebait yang mungkin....

Manusia-manusia yang sik berhati perut, yang mendera dan membuang bayi tuk patut direjam sampe mati jak...Sik perlu ada belas kasihan dengan manusia jenis tuk sebab cidak tuk bukan manusia tapi setan yang bertopengkan manusia....Patutnya hukuman yang ada perlu dipinda dan diubah kepada hukuman yang lebih berat....Mun yang jenis buang bayi ya, hukum gantung sampe mati jak yang paling sesuai untuk manusia jenis tuk, sik ada hukuman lain yang lebih sesuai....Mun yang mendera ya, kita dera cidak tuk balit, sepuluh kali ganda lebih terok dari yang nya polah....Mun sik jerak juak, nang setan lah manusia jenis tok, jadi boleh dibunuh jak....

Aku bukanlah nak emosi tapi bila melibatkan mbiak kecik, nang hati tuk cepat terasa...Sebab aku suka ilak ngan golongan kanak-kanak tuk...Mun sik ada golongan mbiak kecik tuk, sunyi jak rasa hidup tuk...Aku harap pihak berkuasa dapatlah carik jalan terbaik untuk mengatasi masalah tuk....Sebab hampir tiap-tiap ari kita baca laporan tentang kes buang bayi dan penderaan bayi tuk....Arap kelak bila kita bukak paper sik perlulah kita nangga ada agik laporan tentang kes-kes macam tuk....

Selain daripada tanggungjawab pihak berkuasa, setiap individu di dunia tuk juak harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan perkara tuk sik terus berlanjutan..Mun tauk perkara macam tok berlaku, jangan tandah jak...Laporkan kepada pihak yang berkuasa...Bersamalah kita membanteras perkara tok daripada terus berlanjutan...Dan doakan semoga setiap bayi yang ada di dunia tok mendapat sebaik perhatian daripada orang tua nya...Amin....

Wassalam.....

Gambar: Dari kiri; Oja, Danish dan Izi....


Monday, July 26, 2010

Ada Apa Dengan Cinta....???


Assalammualaikum....Ada apa dengan cinta...???Soalan yang sebenarnye susah nak dijawab dengan tepat sebab sik ada definisi khusus pun tentang cinta dalam kamus dewan suarah edisi ke-4 Masihi....Malahan kategori cinta juak terlalu banyak, ada kategori etnik kreatif, balada, rock dan pop yeh yeh, atau dengan kata lain sik ada yang spesifik merujuk kepada satu kategori jak...Antara cinta yang salu disebut orang ialah cinta kepada gerek (bini atau laki bagi yang dah nikah), cinta kepada mak bapak dan cinta yang paling agung, yang sik akan dapat ditandingi oleh cinta-cinta lain ialah cinta kepada Allah S.W.T. dan kepada Rasullullah S.A.W....

Cinta kepada sesama manusia merupakan cinta yang paling selalu diungkapkan oleh kita dewasa tok..."Kmk sayang ktk", "I love u" dan macam-macam jak ungkapan untuk menunjukkan betapa kita sayang ngan pasangan kita ya....Dengan pelbagai gelaran untuk pasangan kita, contohnya "honey", "sayang", "hubby", dan yang sewaktu dengannya, untuk nunjuk betapa istimewanya pasangan kita ya dalam hidup kita tok....Apabila dah menyintai seseorang ya, kita sanggup mengorbankan apa jak yang ada dalam hidup tok, hingga ada kalanya pengorbanan yang dilakukan sik berbaloi atau sik dihargai pun oleh pasangan....Sik salah kita berkorban demi orang yang kita cintai tapi biarlah berbaloi dan sik sehingga mengorbankan maruah kita....Jangan nasik dah jadi bubur baruk nak nyesal....Tapi bubur nang nyaman tambah agik mun bubur durian...Fuhhh, sedap hingga menjilat jari kaki....Pulang ke bubur durian indah aku tuk melelat...Apa yang aku nak katakan tek senang jak, berkorban untuk orang dicintai jangan keterlaluan dan berpada-pada...Mungkin orang yang kita cintai ya, kita cintai dengan sepenuh hati...Tapi adakah pasangan kita ya pun menyintai kita seperti kita menyintai nya...???Hanya Allah yang tauk....Tepuk dada tanyak iman...Mun tanyak selera nang tauk berlandaskan nafsu jak....

Kategori yang keduak yang aku padah tek adalah cinta kepada mak bapak...Mak bapak jaga kita daripada kecik sampelah kita besar....Mak bapaklah yang menjadikan sapa dirik kita kinek tuk....Mun sik kerana mak bapak kita, sik ada kita dapat nangga dunia agik waktu tuk....Tapi aku ingin nak bertanyak, brapa orang jak yang menyintai dan menghargai mak bapaknya...???Malahan kinek tuk kebanyakan keputusan yang kita polah membelakangkan mak bapak kita....Malahan ada yang sanggup memutuskan hubungan dengan keluarga semata-mata nak bersama dengan pasangan masing-masing bila hubungan sik direstui....Brapa lamak jak kita kenal ngan pasangan kita ya sampe kita sanggup nak ketepikan keluarga kita demi orang yang baruk muncul dalam hidup kita...???Sedangkan sakit demam kita selamak tuk, orang tua kita yang jaga kita...Jangan kita dibodohkan dengan cinta sesama manusia yang sik kekal ya...Sik ke sine hubungan ya mun dah sik mendapat restu orang tua....Pesan aku, sayangilah, cintailah dan hargailah orang tua kita selagik cidak masih ada...Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan cidak di dunia dan di akhirat kelak....Jangan bila dah cidak sik ada kelak baruk kita nak nyesal, waktu ya dah sik ada guna dah....Bagi yang sik ada ibu bapa agik, doakan semoga cidak bahagia di alam barzakh, sebab hanya doa anak yang soleh yang akan membantu ibu bapa yang telah pergi selamanya....Insya Allah....

Dan yang terakhir sekali yang ingin aku nyatakan ialah cinta yang paling agung di dunia tok, iaitu cinta kepada ALLAH S.W.T. dan Rasullullah S.A.W....Ingatlah bahawa kita adalah hamba-NYA...Setiap yang kita lakukan di dunia tok sik pernah terlepas daripada pemerhatian-Nya, walaupun hanya sebesar zarah....Mun kita tersesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan....Sik ada yang terlambat di dunia tok melainkan bila malaikat Izrail mencabut nyawa ataupun bila dunia dah kiamat...Ikutlah sunnah Rasullullah dan jalankan kewajipan sebagai seorang hamba sebait yang mungkin...Sememangnya sik ada manusia yang sempurna di dunia tuk dan kerana yalah kita perlu sentiasa bertaubat kerana ada kalanya kita sik tauk sama ada dalam sedar ataupun sik kita telah melakukan dosa....Seimbangkanlah dunia dan akhirat sebait yang mungkin dan berusahalah memperbaiki dirik sehingga menjadi hamba-Nya yang soleh....Cintailah Allah dan Rasul melebihi cinta kita kepada semua benda lain di dunia tuk yang sik kekal ya....

Banyak gik jenis-jenis cinta sebenarnya, cintakan alam, cintakan flora dan fauna dan sebagainya. Namun tiga kategori yang aku nyatakan di atas ya merupakan cinta yang paling selalu kita dengar dan ungkapkan....

Ingatlah cinta ada keburukan dan kebaikannya....Apa yang penting kita harus gunakan akal waras kita dengan sebaik yang mungkin untuk memastikan yang terbaik untuk dirik kita...Jangan membuat keputusan berlandaskan nafsu sebab akibatnya pasti buruk....Insya Allah kita akan berjumpa agik...Wassalam....

Gambar: Abangku bersama isteri dan anaknya...

Sunday, July 25, 2010

Lelaki Tulen Semakin Pupus???


Assalammualaikum....Tajuk di atas ya sebenarnya adalah tajuk artikel yang ditulis oleh Jehan Miskin dalan Pancaindera keluaran 25 Julai 2010(marek)....Mengisahkan betapa susah nye kita kinek tuk nak nemu lelaki tulen dalam dunia akhir zaman tuk...Bila difikirkan, nang bena juak apa yang dikatakan oleh Jehan ya....Kebanyakan laki kinek tuk dah hilang ciri-ciri kelelakian sejati....Nang ada gik lelaki sejati tapi brapa jak nisbahnya mun dibandingkan dengan semua manusia yang dilahirkan sebagai lelaki di dunia tuk....

Mun kita berjalan ke sine-sine pun, laki yang dah jadi mpuan atau dalam bahasa lembutnye pondan, merarei jak....Dan ada kalanya susah kita nak bezakan nyeni pondan dan nyeni wanita tulen....Macam kes kmk orang di Debak minggu ya tek...Mati-mati (tapi mek orang semua gik iduplah) kmk orang ingat mbiak ya mpuan...Make skirt dan baju warna pink mun sik salah aku....Mun nangga dari jauh nang kacak, kedak mpuan bena tapi bila dah dekat, nampak halkum...Alamak ai....malunya aku....Sampe aku laki pun dah susah nak bezakan antara mpuan dan pondan....

Ya belum gik kira lelaki yang luaran nye laki tapi suka sama jenis, iaitu gay....Jenis tuk nang susah lah nak dikenal pasti...Mun macam pondan nyaman ikit nak dikenal pasti daripada pakaian cidak yang sememangnya menyerupai perempuan tapi gay tuk susah....Luaran cidak sama jak dengan lelaki tulen lain tapi hati jenis tuk hanya Tuhan jak tauk, dan mungkin beberapa orang yang rapat dengan golongan tuk tauk juak kali.....

Dah lah kinek tuk jumlah wanita di dunia tuk semakin meningkat daripada jumlah lelaki, pas ya ada pun laki tapi dah sik agik lelaki, makin menenatkan keadaan....Malahan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki bait di dunia tuk jumlahnye dah terlalu sikit...Yang jenis pak saok dan yang suka ngambik kesempatan ke atas dirik mpuan ya nang banyak lah, tiap seminit kita boleh nemu di pasar nun....

Hakikatnya, keadaan tuk menunjukkan kepada kita betapa dunia dah semakin menuju ke akhir usianya....Tanda-tanda kiamat sudah semakin jelas, contohnya lelaki dah semakin banyak menyerupai perempuan dan jumlah wanita yang semakin tinggi jumlahnya mun dibandingkan dengan lelaki....Apa yang penting sebenarnye kita harus ingat betapa kita sudah semakin menghampiri penghujung kehidupan kita....Kembalilah ke jalan yang diredhai sebelum malaikat maut menjemput kita...Waktu ya mun nak bertaubat pun dah sik ada guna....

Aku pun bukanlah bagus, tapi sik salah rasanya kita saling ingat-mengingati agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.....Setiap yang hidup pasti akan mati....Cuma waktu dan macam ni kita kembali kepada-Nya, ya adalah urusan Nya...Kita hanya mampu melakukan tanggungjawab sebagai hamba sebaik yang mungkin sebelum Izrail menjemput kita pulang....

Insya Allah kita berjumpa agik di masa yang akan datang dengan topik lain gik....Wassalam.....

Assalammualaikum dan salam perpaduan.....

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberik kesempatan untuk bernafas sampe ke saat tuk (macam merik ucapan jak).....Sebenarnya tujuan blog tuk dipolah adalah untuk aku meluahkan apa yang dirasakan di hati tuk, di samping untuk kita sama-sama berkongsi pendapat tentang apa jak perkara yang ktk orang ingin bincangkan, selagik sik melibatkan perkara-perkara sensitif....

Mun ktk orang ada pa2 yang nak dikongsikan, atau ada yang sik puas ati kah, sila jak komen dalam tuk...Jangan malu jangan segan, sik ada orang dara pun di blog mek orang tuk....Orang bujang jak ada ya pun bujang lapok, sik apat pake agik dah....hua...hua...hua....

Post tuk hanya sebagai pengenalan blog tuk jak....kelak baruk kita cerita panjang lebar...Banyak jak benda yang ingin dirik tuk ceritakan tapi slow2 lah kita cerita...mun senggaut ilak ne best agik nak, tol sik bos???lagipun biar lambat asal selamat....tapi motto tuk sik dapat pake mun ktk orang tandin berekot...mun ktk orang berekot lambat, kalah lah jawabnye.....

Insya Allah kita akan bertemu agik dalam masa terdekat tuk k...Wassalam.....

Gambar: Rumah nenekku bersama adik dan tunggal-tunggalku...